0

Pemimpin Yang Amanah

Posted by kharfz on 1:06 AM in
291010

Alhamdulillah..

 Hari ini aku sempat mendengar khutbah Jumaat lagi buat ke sekalian kalinya.. Gaya Imam yang membaca khutbah secara bersahaja cukup menusuk kalbuku. Terdetik hatiku seketika tatkala diingatkan supaya menjadi pemimpin yang amanah.. Pemimpinkah aku? Adakah aku sentiasa amanah dalam setiap tindakan ku?

Setiap orang dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Bermula dengan memimpin diriku sendiri, memimpin Usrahku, dan memimpin orang di bawah jagaanku di tempat kerja.. Jika difikirkan kembali.. masya-ALLAH betapa berat dan bebannya tanggungjawabku.. Pemimpin yang mulia di sisi ALLAH ialah mereka yang sentiasa mendidik anak buah ke arah mentauhidkan ALLAH.. Beramalan dengan sunnah Nabi dan sifat-sifat mahmudah, serta melarang dan mencegah dari melakukan kerja-kerja mungkar dan bersifat mazmumah.. Nampak seperti senang, namun praktikal agak susah juga tidak sentiasa diamalkan.

Khatib terus mengingatkan pemimpin adalah orang yang dipertama bakal dihisab.. Jika baik lah amalannya, maka syurga akan menjadi pilihan.. Jika buruk lah pimpinannya, maka neraka sentiasa menanti kedatangannya.. Nauzubillah.. Semoga aku tergolong dalam golongan yang diredhai-Nya..

Aku terus terkesima.. Ramai sangat manusia yang ingin menjadi pemimpin.. terutama bila menjadi ketua di tempat kerja.. Mereka bukan sahaja diberi jawatan yang tinggi, malah gaji pun lebih lumayan daripada yang biasa.. Alangkah sedihnya, jika takhta, harta menjadi taruhan.. maka akan timbul lebih banyak gejala yang tidak sihat dalam persekitaran.. dengki, khianat, mengadu domba, sabotaj dan banyak lagi yang pastinya bahan dalam kegiatan seharian.. Nauzubillah.. aku memohon pada yang maha Esa agar aku dijauhi daripada perkara sebegitu di dunia ini...



Terima kasih kepada khatib yang sudi menasihat diriku yang jahil ini. Semoga apa yang baik akan kujadikan pedoman untuk memperbaiki lagi diriku.. Insya-ALLAH.. Mudah-mudahan ALLAH menyediakan yang terbaik untuk masa depanku..

p/s: aku sangat rindu untuk berpeluang menunaikan haji. bila lah agaknya..


0

Gomo KELATE Gomo

Posted by kharfz on 1:26 AM in , ,


Tahniah!! Tahniah!! dan Tahniah!!

Kawe meme tabik spring ko sek-sek kelate.. Mano kelate lawe sek-sek kito misti gi ppenuh stadium.. Konvoi rama-rama naik moto Ex-5 pun bereh lagi.. Semangatnya nyo kito nok tengok kelate mene.. Kawe pung harap benar kelate leh wak kelik sebutir piala malaysia kkapong puye nih.. Kemah wei oghe tok panggil bodo doh.. Baik pemain, baik penyokong, baik penonton, seremo dok harap kito leh gate negeri sembile sapa puah.. Sapo xse ko piala.. dok kek neh?

Ddale dok kito nok pesta wak kelik piala, sedih jugok bilo kawe kawe pk.. Mace-mace oghe buak ko kito.. Mace-mace oghe tudoh kito.. Oghe kato kito ggedebe, suko cari baloh, suko ggocoh, suko bakar stadium.. gapo lagi demo xkato.. xcukup lagi.. demo gantung jurulatih kito.. demo penaik hargo xse bui kito gi stadium.. pah bilo la bola kito nak maju.. sepatutnyo kawe rasa demo hok brehi ngato tuh keno contoh penyokong kelate sanggup menabung duit semato-mato nok gi tgk bola kat stadium lawe.. kawe pung ssegho hok mengato tu tgk bola depe tv dale rumoh jah.. jange ssegho gu.. hok betul kito keno ghoyak betul..






Tapi xpo.. gapo demo buak kito buleh sabar.. Oghe xkaca, kito xkeghenak.. Stadium pasti ake tetap penuh.. Semangat Red Warrior pasti koho membara loni.. Kito pakak gi ppenuh stadium nok tengok kelate mene.. Kalu kelate main supo hok sebelum ni, kito mesti buleh mene.. Kalu lawe kuak, kito lagi kuak.. Kalu lawe laju, kito lagi laju.. Ko guano? Semangat kito tinggi.. Kalu pemain raso letih, kito sek-sek penyokong bui pinje tenaga (beri semangat) bia hile letih.. Demo kijo caro demo, kito pakak sokong caro kito.. Main samo bersih, referee pung puah hati, FRU pung xletih.. Samo-samo puah hati.. Hok pemain selamat, hok penyokong selamat, pihok stadium selamat, pihak keselamate pung selamat.. Buke sek-sek belio jah hok nk gi stadium.. Pokcik, mokcik, tokwe, budok sekoloh, budok kecik seremo pakak nk gi tengok kat stadium.. Kalo pk caro oghe tuo.. bereh blako.. demo xkosek, kawe pung tupe hepi.. bereh?




Buak pemain kelate.. Demo meme hebat.. Jange patah semangat, jange main ikut sedap.. Kawe harap kito mampu wak kelik piala kali ni.. Semangat sek-sek kito buke untok kali ni jah.. kito semangat sapa bilo-bilo.. Demo main ssungguh, kito sokong ssunggoh.. Gomo KELATE Gomo!!!

p/s: gambar kawe amik dari kelatedotnet.. url pn ado sekali kalu nok tgk


0

Mengeluh..

Posted by kharfz on 10:40 PM in
Bermain dengan perasaan membuatkan aku sentiasa mengeluh. Pasti ada je yang terlintas di fikiran membuatkan aku mengeluh tanpa disedari. Adakah terlalu banyak kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan? Atau aku terlalu cepat berputus asa dengan setiap tindak tandukku ini.

Aku sedar.. aku bukanlah insan yang sempurna.. terlalu banyak kekurangan dan kecacatan dalam kehidupanku sehari-hari.. Aku juga ingin bahagia.. bahagia seperti orang lain.. Bergelak ketawa dan riang ria bersama keluarga dan teman.. tapi kenapa? kenapa hidup aku dibelenggu seperti ini? seolah-olah aku telah menjadikan mengeluh sebagai hobi dalam aktiviti seharianku..

Benarkah kata orang, mengeluh membuatkan diriku lebih mudah untuk berputus asa? Adakah mereka tidak pernah mengeluh? Tidak pernah menyesali atau tersilap dalam setiap pekerjaan? Perasaan ini semakin menghantui diriku.. Kuambil seketul batu kerikil di sebelah kiriku, lalu aku lontarkan sekuatnya ke tengah tasik.. plup.. tasik cempaka yang tadi nya tenang berkocak seketika... di hadapanku kelihatan anak-anak bermain riang di seberang tasik.. yang lain pula semakin galak bercerita dan bergelak ketawa.. aku hanya mampu untuk melihat.. tiada tanda-tanda yang aku juga akan riang seperti mereka.. kenapa hidupku begini? kenapa???? hatiku menjerit sekuatnya..

Aku menguis-nguis batu kerikil di hadapanku.. kutuliskan perkataan demi perkataan lalu kupadamkan kembali.. fikiranku kosong.. dibenakku tiada apa yang boleh menceriakan wajahku.. aku sugul dan buntu.. kini aku sudah tiada arah lagi.. tiada lagi orang yang menyayangi diriku.. tiada lagi hilai tawa seperti dulu.. aku juga ingin menjadi seperti orang lain.. aku punyai impian.. aku juga punyai harapan.. harapan yang sangat tinggi untuk aku kecapi kenikmatannya.. aku ingin hidup bahagia bersama orang yang aku sayangi.. tapi kenapa.. kenapa.. kenapa takdir tidak membenarkan dia sentiasa di sisiku... kenapa di saat aku mengecapi kemuncak kebahagiaan.. dia terpaksa meninggalkan aku? apakah dosaku? apakah dosaku ya ALLAH? tanpa kusedari air mata mula membasahi pipi...

... bersambung



0

Cinta dan Kehidupan..

Posted by kharfz on 7:08 PM in

Suka betul aku tengok sepasang ikan ini.. Ke mana sahaja pergi pasti akan datang kembali untuk berkepit.. Haha.. takkan dilamun cinta kot...

Bila tersebut tentang cinta, rasa terpanggil pulak untuk aku mengulas mengenainya.. Sinonim dengan namanya, maka izinkan aku untuk terus bercerita mengenai cinta.. Dulu pernah aku ciptakan sebuah pantun untuk kiasan orang bercinta..

Berkawan biar seribu,
Bercinta biar empat,
Setia pada yang satu,
Tiga lagi buatla sparepart.

Aku tidak mencipta pantun itu untuk diriku.. aku juga tidak menudingkannya ke arah kawan-kawanku.. Ia mungkin terkena kepada orang yang sedang bermain dengan cinta, atau mungkin juga untuk kaum hawa yang begitu takut dengan istilah poligami, atau mungkin juga untuk tatapan kita semua..


Cinta itu pasti datang jika kita mencarinya.. Cinta itu juga akan datang walau bukan kita menjemputnya.. Cinta itu bersih, sebersih air di pergunungan, mampu untuk menghilangkan dahaga buat insan yang kehausan.. Ingin kuhalusi cinta itu, seumpama aur dengan tebing, seperti isi dengan kuku.. hanya maut sahaja yang mampu memisahkan kisah pasangan bercinta..

Pengalaman selalunya menjadikan kita lebih dewasa. Pengalaman pahit yang dialami sendiri kadang-kadang membuatkan kita terasa perit untuk bercinta lagi. Kadang-kadang pengalaman yang diceritakan oleh orang lain juga mampu untuk menbuat kita berfikir perkara yang sama. Percaya atau tidak, kita sebenarnya lupa apa makna cinta itu sendiri..

Cinta..
Sesetengah berpendapat cinta itu terasa nikmatnya bila tengah asyik berpacaran.. Handphone seperti magnet asyik melekat di tangan.. Wajah hari-hari bertambah seri, makin berseri bila mendengar suara yang tersayang.. Cinta mula luntur bila terpaksa melakukan perpisahan.. Mungkin kerana kesetiaan menjadi persoalan, mungkin juga kerana sudah hilangnya nikmat dan kemanisan.. Apakah yang seharusnya kita fikirkan.. Adakah cinta itu seolah satu permainan?




0

Raya.. Raya.. Raya..

Posted by kharfz on 7:46 PM in
7 September 2010 / 28 Ramadhan 1431H

Eh.. Eh.. Tinggal sehari dua je lagi dah nak beraya.. Tentu semua orang tengah sibuk buat persiapan raya.. tak gitu? Raya raya jugak tapi janganlah sepuluh hari terakhir ramadhan ni kita buat tak endah je.. Ramadhan yang akan pergi pasti tak akan sama dengan ramadhan yang seterusnya.. Semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemunya lagi..

Pertama..
Bila sebut je pasal raya ni, mesti yang pertama aku rasa ialah baju raya.. haha.. Siapa taknak melaram dengan baju baru.. Kalau nak beraya empat hari sakan mesti lah kena ada paling kurang empat pasang.. tak gitu? Dulu masa bujang tak lah fikir sangat pasal benda ni.. Nak pergi shopping pun tak payah nak rancang-rancang.. Ada duit pergi la beli, bila tak cukup duit senang je dok diam-diam.. Tapi sekarang dah lain.. Bila dah ada keluarga ni semua kena rancang.. Duit kena bajet awal-awal.. Bila nak pergi shopping.. Nak beli berapa helai.. Nak beli kat mana.. Nak beli kat siapa lagi.. (Haa.. Kan bagus bila kita bersedekah di bulan yang mulia ini..) Tambah pulak bila dah ada puteri yang comel, baru boleh jalan pulak tu.. terkedek-kedek.. (tergelak aku bila tengok gaya amanina berjalan.. hepi sungguh..) Kena lah tambah lagi kasut raya sepasang, selipar raya sepasang.. tu belum masuk baju raya, baju kurung, dsb.. hai mak ngan anak memang melaram dan beraya sakan tahun nie.. nak tema pink punya pasal, t-shirt aku pun dibelinya kaler pink.. macam mana aku nak pakai nanti..

Kedua..
Yang kedua ni buat aku pening sket.. Keperluan nak balik kampung.. Mesti la.. Kalau nak beraya pilihan pertama mesti la kat kampung.. Sementara ma dan abah masih ada lagi, satu kemestian untuk beraya bersama mereka.. Kemeriahan beraya sekeluarga besar dengan 15 orang cucu akan lebih bermakna buat mereka. Keperluan apa tu? Haa.. Kenderaan nak balik kampung la.. Kereta nak kena servis.. Tayar nak kena check dulu dah haus ke belum bunga dia.. Air-cond kereta sejuk ke tak, kang tak pasal-pasal kena guna angin luar masa hujan.. Lampu ok ke tak.. Haha.. Nampak cam senang, tapi kalau semua benda ada masalah pada masa yang sama.. Problem bang.. Ingat lagi dulu aku balik kampung tayar keta memang botak habis, sampai dawai pun dah nampak jelas kat tayar.. Dulu tak pernah tukar tayar mana tahu semua benda ni.. Dah sampai kelantan setelah 7 jam perjalanan baru lah aku perasan. Tu pun abah yang bagitahu.. Nak tak nak terpaksa la tukar dikala aku kesemputan duit.. Alhamdulillah abah faham, terharu aku bila abah cakap guna dulu bayar kemudian.. Sampai sekarang aku ingat.. Terima kasih abah..

Ketiga..
Yang ketiga ni paling best tapi bahaya.. Aku rasa hampir semua orang fikir benda yang sama.. Bila nak balik je kampung, mesti rasa best kalau tutup mata, bukak mata je dah sampai.. Wah, macam superman boleh sampai cepat gitu.. Mana taknya, kalau masa balik raya je.. Paling awal sampai pun 8 jam perjalanan, tu dah kira untung kaw-kaw.. Kalau tak, 10 ke 15 jam la jawabnya.. Nak buat macam mana, sehari nak beraya baru nak terkedek-kedek balik.. Lain la kalo dapat cuti awal... Tentu perjalanan pun lancar semacam jer.. Sebab tu la, bila balik rasa nak pecut jer.. Pecut pecut jugak, keselamatan kena utama.. jangan sampai kena saman dahla..

Keempat..
Ada yang keempat ke? Aisey.. Babak ni aku rasa semua orang pun boleh cerita.. Bila beraya mesti la nak gembira.. Jumpa orang tu jumpa orang ni, mintak maaf sana mintak sini.. Bercerita sikit, dengar cerita sikit.. Gelak-gelak sikit.. Kadang-kadang besar jugak.. Haha.. Apa boleh buat.. lama tak jumpa tentu banyak la cerita dia.. tak gitu? Tapi yang paling penting mestilah nak mintak maaf ngan ma abah.. Walaupun kadang-kadang tak tahu apa salah dan silap aku dah buat.. mesti ada yang buat diorang terguris sepanjang setahun ni.. Bila semua dah selesai baru lah hati akan bertambah tenang, raya pun akan jadi lebih meriah dan sempurna.. 
Duit raya..
Ha? Yang tu pun masalah jugak ker? Problem jugak kalau tak ada duit, anak sedara dahla ramai.. Sepupu yang kecik-kecik lagi.. Anak sepupu lagi.. Anak-anak kecil yang datang beraya lagi.. Aisey.. Pening kalau fikir lama-lama ni.. Baik tak payah fikir, senangkan fikiran.. Duit raya bukan masalah.. Itu bonus namanya.. Bersedekahla ikut kemampuan.. Bukan susah pun.. Jangan sampai tak nak balik beraya sebab tak ada duit nak bagi duit raya.. Tak elok gitu.. Ekonomi kita pun tak stabil lagi.. Ingat lagi kawan baik aku (Lan) cakap, tak apa.. kita yang buat dia.. bukan dia buat kita.. Rancang awal-awal kan elok..

Sembang pasal raya ni aku pun tak tahu bila nak habis.. Mungkin sebab tu kot bila balik kampung jumpa kawan lama, dekat nak subuh baru balik rumah.. Borak dari topik ke topik memang melekakan.. Apa taknya.. kalau borak kat kedai makan, 5 gelas nescafe habis pun tak perasan.. tu tak campur yang hisap rokok lagi.. haha.. Borak-borak jugak, tapi jangan la sampai memudaratkan..

Aduuh.. Dah kebas rasa punggung aku ni.. Nak berceloteh pun kena mengarang jugak.. Ahaks.. Terfikir aku macam mana la orang boleh mengarang satu novel.. Mau sebulan sekali tukar kerusi kot.. Haha.. Gurau je..

Sebelum aku mengundurkan diri.. Andai ada yang sudi membaca celoteh yang ntah apa apa ntah ni.. Aku susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf jika ada tersalah bahasa, tersilap kata, terlanjur bicara, semoga kita semua akan sentiasa mendapat barakah daripada Nya. Yang paling penting ingatlah tujuan asal kenapa kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Bertemu Lagi.. 

Salam Aidilfitri dariku,

kharfz

0

Bahasa Jepun ke Bahasa Cina?

Posted by kharfz on 11:15 PM
Awal minggu berpuasa tahun ni memang menggembirakan aku. Apa taknya, setelah sekian lama manager lama aku balik tempat asal (korea), baru lah boss aku nak cari pengganti. Dulu beria-ria nk belajar bahasa korea, tp kesudahannya satu benda pun aku x tak reti.. aisey..

Kali nie my respectful CEO cuba untuk ubah kelainan agaknya.. Collaboration has been made with Japanese pulak. Aku dh siap kena warning awal-awal lagi my new manager hanya tahu speaking japanese and chinese.. waaa.. no choice i need to learn at least one of them.. kenapa lah masa sekolah dulu cikgu tak ajar bahasa cina.. nak menyesal pn takder guna.. tapi takper nanti aku boleh tambah lagi satu bahasa selain arabic.. haha..

Pening-pening.. Bahasa Jepun ke Cina ni?

0

Mercun oh Mercun..

Posted by kharfz on 11:35 PM
Bila sebut pasal mercun ni, teringat aku zaman budak-budak dulu.. Memang xtahu apa-apa. Yang tahu nak main dan berseronok setiap masa. Mercun memang buat kami jadi sangat ceria. Siapa tak suka dengar letupan, pastu keluar bunga api yang sangat cantik. Ada yang mampu terbang, kemudian meletup dan bercahaya di ruang langit. Memang indah terutama suasana malam.

Tapi, bila aku fikirkan kembali. Mercun memang banyak memberi keburukan daripada kebaikan. Kerajaan bertindak bijak dengan mengharamkan semua jenis mercun terutama ketika musim perayaan demi menjaga kebaikan kita bersama. Dengan ini nasib anak-anak kita untuk terus sihat membesar sepatutnya lebih terbela. Mereka yang tahap pemikiran jauh lebih rendah daripada kita orang dewasa perlu sentiasa diawasi supaya semua orang akan sentiasa ceria lebih-lebih lagi menjelangnya raya.

Aku sedih.. Sedih bila mendengar nasib yang menimpa kanak-kanak hanya dek mercun. Keseronokan yang diakhiri malapetaka yang amat dahsyat. Sedih bila aku melihat tangan kecilnya yang comel telah menjadi kudung, matanya yang nakal telahpun menjadi buta, raut wajahnya yang sentiasa senyum dan ceria telahpun bertukar menjadi sedih dan tidak bermaya. Lebih menghayat hatiku bila ada nyawa yang melayang hanya kerana mercun. Tidak dapat aku bayangkan, sesedihnya hatiku tidak dapat menandingi betapa pilu dan lukanya hati dan perasaan seorang ibu dan ayah untuk terus melihat keadaan anaknya. Terpaksa membesar seperti orang cacat walhal dilahirkan sempurna. Bagaimana anak-anak ini akan meneruskan hidup mereka?

Kini kita mencari siapa yang harus dipersalahkan? Kerajaan yang tidak mampu untuk membendung gejala penyeludupan mercun masuk? atau Penyeludup-penyeludup mercun yang cuba mencari untung besar? atau Peniaga-peniaga yang giat mempromosi pelbagai jenis mercun untuk tatapan anak-anak? atau Ibubapa yang membelikan mercun untuk anak-anak bermain? Mencari salah siapa bagi aku bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Kita sepatutnya bersama-sama membendung gejala ini. Sekiranya ingin bermain bunga api, maka kita seharusnya berada di sisi anak-anak sebagai pemerhati. Alihkan pemerhatian mereka supaya menyukai permainan yang lebih selamat. Tragedi ini boleh dielakkan sekiranya setiap orang memainkan peranan. Janganlah kita menjadi pendorong ke arahnya. Tentu kita tidak ingin melihat orang yang kita sayang merana hidupnya.. dan aku juga begitu..


0

Sedihnya.. Blog Lama Dah Tamat Tempoh

Posted by kharfz on 12:55 AM
Huhuhu... Nak nangis aku rasa..

Aku cuba bukak balik blog lama aku.. Aku ingat lagi alamat url dia.. Namun apakan daya aku lupa username ngan password.. Bila nak trace balik memang tak dapat.. Sedih bercampur geram pun ada. Harapnya blog baru akan menjadi ruang untuk aku terus berkarya.. BERKARYA? Ceh, ayat power gitu.. Naper? Salah ke?

"Berikan Aku Ruang"

Aku bukanlah sasterawan.. bukan karyawan.. bukan juga wartawan.. Namun setiap insan punyai keinginan untuk merasai kepuasan.. kepuasan dalam erti kata ingin menikmati setiap benda yang dirasakan paling berharga dalam dirinya.. aku cuma ingin meluahkan apa yang terpendam di dalam hati.. ingin mencoret sepatah dua yang terluah dari sanubariku.. ingin berkongsi pengalaman cerita-cerita menarik kepada yang sudi mendengar.. semoga yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan.. menyedari hidup ini hanyalah sementara azan dan iqamat, banyak lagi yang perlu aku usaha untuk mendekatkan diri dengan TUHAN.. semoga kita akan bersama mendapat keberkatan..

Insya Allah..

Copyright © 2009 .: Give Me a Space :. All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.