0

Pemimpin Yang Amanah

Posted by kharfz on 1:06 AM in
291010

Alhamdulillah..

 Hari ini aku sempat mendengar khutbah Jumaat lagi buat ke sekalian kalinya.. Gaya Imam yang membaca khutbah secara bersahaja cukup menusuk kalbuku. Terdetik hatiku seketika tatkala diingatkan supaya menjadi pemimpin yang amanah.. Pemimpinkah aku? Adakah aku sentiasa amanah dalam setiap tindakan ku?

Setiap orang dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Bermula dengan memimpin diriku sendiri, memimpin Usrahku, dan memimpin orang di bawah jagaanku di tempat kerja.. Jika difikirkan kembali.. masya-ALLAH betapa berat dan bebannya tanggungjawabku.. Pemimpin yang mulia di sisi ALLAH ialah mereka yang sentiasa mendidik anak buah ke arah mentauhidkan ALLAH.. Beramalan dengan sunnah Nabi dan sifat-sifat mahmudah, serta melarang dan mencegah dari melakukan kerja-kerja mungkar dan bersifat mazmumah.. Nampak seperti senang, namun praktikal agak susah juga tidak sentiasa diamalkan.

Khatib terus mengingatkan pemimpin adalah orang yang dipertama bakal dihisab.. Jika baik lah amalannya, maka syurga akan menjadi pilihan.. Jika buruk lah pimpinannya, maka neraka sentiasa menanti kedatangannya.. Nauzubillah.. Semoga aku tergolong dalam golongan yang diredhai-Nya..

Aku terus terkesima.. Ramai sangat manusia yang ingin menjadi pemimpin.. terutama bila menjadi ketua di tempat kerja.. Mereka bukan sahaja diberi jawatan yang tinggi, malah gaji pun lebih lumayan daripada yang biasa.. Alangkah sedihnya, jika takhta, harta menjadi taruhan.. maka akan timbul lebih banyak gejala yang tidak sihat dalam persekitaran.. dengki, khianat, mengadu domba, sabotaj dan banyak lagi yang pastinya bahan dalam kegiatan seharian.. Nauzubillah.. aku memohon pada yang maha Esa agar aku dijauhi daripada perkara sebegitu di dunia ini...



Terima kasih kepada khatib yang sudi menasihat diriku yang jahil ini. Semoga apa yang baik akan kujadikan pedoman untuk memperbaiki lagi diriku.. Insya-ALLAH.. Mudah-mudahan ALLAH menyediakan yang terbaik untuk masa depanku..

p/s: aku sangat rindu untuk berpeluang menunaikan haji. bila lah agaknya..


0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 .: Give Me a Space :. All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.