0

Mengeluh..

Posted by kharfz on 10:40 PM in
Bermain dengan perasaan membuatkan aku sentiasa mengeluh. Pasti ada je yang terlintas di fikiran membuatkan aku mengeluh tanpa disedari. Adakah terlalu banyak kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan? Atau aku terlalu cepat berputus asa dengan setiap tindak tandukku ini.

Aku sedar.. aku bukanlah insan yang sempurna.. terlalu banyak kekurangan dan kecacatan dalam kehidupanku sehari-hari.. Aku juga ingin bahagia.. bahagia seperti orang lain.. Bergelak ketawa dan riang ria bersama keluarga dan teman.. tapi kenapa? kenapa hidup aku dibelenggu seperti ini? seolah-olah aku telah menjadikan mengeluh sebagai hobi dalam aktiviti seharianku..

Benarkah kata orang, mengeluh membuatkan diriku lebih mudah untuk berputus asa? Adakah mereka tidak pernah mengeluh? Tidak pernah menyesali atau tersilap dalam setiap pekerjaan? Perasaan ini semakin menghantui diriku.. Kuambil seketul batu kerikil di sebelah kiriku, lalu aku lontarkan sekuatnya ke tengah tasik.. plup.. tasik cempaka yang tadi nya tenang berkocak seketika... di hadapanku kelihatan anak-anak bermain riang di seberang tasik.. yang lain pula semakin galak bercerita dan bergelak ketawa.. aku hanya mampu untuk melihat.. tiada tanda-tanda yang aku juga akan riang seperti mereka.. kenapa hidupku begini? kenapa???? hatiku menjerit sekuatnya..

Aku menguis-nguis batu kerikil di hadapanku.. kutuliskan perkataan demi perkataan lalu kupadamkan kembali.. fikiranku kosong.. dibenakku tiada apa yang boleh menceriakan wajahku.. aku sugul dan buntu.. kini aku sudah tiada arah lagi.. tiada lagi orang yang menyayangi diriku.. tiada lagi hilai tawa seperti dulu.. aku juga ingin menjadi seperti orang lain.. aku punyai impian.. aku juga punyai harapan.. harapan yang sangat tinggi untuk aku kecapi kenikmatannya.. aku ingin hidup bahagia bersama orang yang aku sayangi.. tapi kenapa.. kenapa.. kenapa takdir tidak membenarkan dia sentiasa di sisiku... kenapa di saat aku mengecapi kemuncak kebahagiaan.. dia terpaksa meninggalkan aku? apakah dosaku? apakah dosaku ya ALLAH? tanpa kusedari air mata mula membasahi pipi...

... bersambung



0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 .: Give Me a Space :. All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.