0

Cinta dan Kehidupan..

Posted by kharfz on 7:08 PM in

Suka betul aku tengok sepasang ikan ini.. Ke mana sahaja pergi pasti akan datang kembali untuk berkepit.. Haha.. takkan dilamun cinta kot...

Bila tersebut tentang cinta, rasa terpanggil pulak untuk aku mengulas mengenainya.. Sinonim dengan namanya, maka izinkan aku untuk terus bercerita mengenai cinta.. Dulu pernah aku ciptakan sebuah pantun untuk kiasan orang bercinta..

Berkawan biar seribu,
Bercinta biar empat,
Setia pada yang satu,
Tiga lagi buatla sparepart.

Aku tidak mencipta pantun itu untuk diriku.. aku juga tidak menudingkannya ke arah kawan-kawanku.. Ia mungkin terkena kepada orang yang sedang bermain dengan cinta, atau mungkin juga untuk kaum hawa yang begitu takut dengan istilah poligami, atau mungkin juga untuk tatapan kita semua..


Cinta itu pasti datang jika kita mencarinya.. Cinta itu juga akan datang walau bukan kita menjemputnya.. Cinta itu bersih, sebersih air di pergunungan, mampu untuk menghilangkan dahaga buat insan yang kehausan.. Ingin kuhalusi cinta itu, seumpama aur dengan tebing, seperti isi dengan kuku.. hanya maut sahaja yang mampu memisahkan kisah pasangan bercinta..

Pengalaman selalunya menjadikan kita lebih dewasa. Pengalaman pahit yang dialami sendiri kadang-kadang membuatkan kita terasa perit untuk bercinta lagi. Kadang-kadang pengalaman yang diceritakan oleh orang lain juga mampu untuk menbuat kita berfikir perkara yang sama. Percaya atau tidak, kita sebenarnya lupa apa makna cinta itu sendiri..

Cinta..
Sesetengah berpendapat cinta itu terasa nikmatnya bila tengah asyik berpacaran.. Handphone seperti magnet asyik melekat di tangan.. Wajah hari-hari bertambah seri, makin berseri bila mendengar suara yang tersayang.. Cinta mula luntur bila terpaksa melakukan perpisahan.. Mungkin kerana kesetiaan menjadi persoalan, mungkin juga kerana sudah hilangnya nikmat dan kemanisan.. Apakah yang seharusnya kita fikirkan.. Adakah cinta itu seolah satu permainan?




0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 .: Give Me a Space :. All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.