0

Suka dan duka

Posted by kharfz on 10:29 PM in
Salam hari jumaat..

Alhamdulillah, meniti perjalanan hidupku hingga ke hari ini, terlalu banyak suka dan duka telah kualami.. Bermula zaman kecikku, zaman persekolahan, zaman alam kampus, alam pekerjaan dan alam rumah-tangga memberi lebih dari kesempurnaan dalam hidupku... Segala memori suka atau benci tetap akan datang silih berganti memenuhi ruang minda ku.. Adakala aku rasa sangat bersyukur kerana berpeluang merasai nikmatnya, tak kurang juga aku terpaksa menelan kepahitan pengalaman melalui saat-saat yang menyedihkan... Tiada yang lebih memahami melainkan diriku sendiri.. Jatuh dan bangunku adalah perkara yang sangat tidak dapat dielakkan... Namun, apa yang layak aku lontarkan.. terima kasih kepada semua yang menghargai kemunculan aku pada pandangan mata mu..

Imej kendiri.. Itulah mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang diajar oleh cikgu baharuddin semasa aku di tingkatan dua dulu.. "Mengenali persepsi diri sendiri dan orang lain terhadap diriku.." mungkin bagi sesetengah orang, itu hanya lah silibus untuk menghabiskan masa PJK sewaktu hujan.. Namun aku punyai tanggapanku sendiri.. dan.. tanggapan itulah yang membawa diriku sehingga hari ini.. 





Menapakkan kakiku selepas tamatnya zaman gemilang di kampus universiti adalah sangat memeritkan.. Berbekalkan segulung ijazah, aku mencari pekerjaan yang halal dan sesuai denganku.. keluar dari zaman yang indah ku masuk ke zaman yang penuh mencabar.. aku terpaksa berdiri di atas kaki ku sendiri untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan.. Alhamdulillah.. Berkat usaha ku, serta diiringi oleh doa orang yang ingin melihatku berjaya, aku akhirnya mendapat jawatan di sebuah syarikat swasta.. Maka bermula la episod ku sebagai orang dewasa.. Mula bekerja keras untuk mencari sesuap nasi dan mengagihkan sedikit kepada orang tua tersayang.. 



Hari semakin berlalu.. dan aku mula membayangkan untuk merasai nikmat berumah tangga.. Kuingin melihat hilai tawa isteri dan anak-anak tersayang di depan mataku.. Ku ingin merasai perasaan bagaimana bahagia nya hidupku di saat itu.. Tetapi pengalaman pahit aku bercinta di alam kampus dulu membuatkan aku sedikit takut untuk meneruskan niatku itu.. Lalu, kupanjatkan aduanku kepada Yang Maha Esa agar diberikan aku seorang isteri yang solehah dan sangat menyayangi diriku.. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Berkat sepakat lapan mata bermuafakat, akhirnya aku dapat juga mengakhiri zaman bujangku.. Alhamdulillah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang sudi datang memeriahkan suasana majlis perkahwinanku.. Semoga ALLAH akan terus memberikan nikmat yang banyak kepada anda semua..

Perjalanan ku tidak hanya berhenti di situ.. Masih banyak yang perlu aku belajar dan lalui bersama isteriku tersayang.. Segala onak dan duri serta kemelesetan ekonomi telah membantutkan perjalanan hidupku yag agak lancar sebelumnya..Jika dulu syarikatku membekalkan elaun perjalanan dan minyak petrol, kini ia sudah tiada lagi. Dengan harga pasaran mencecah RM2.60 seliter, aku terpaksa menghabiskan RM1300 sebulan termasuk kos untuk melalui tol.. Tidak mahu kubayangkan lagi kerana aku dan isteriku terpaksa bersusah payah berkongsi kereta untuk ke tempat kerja. Dari kajang kami akan ke Pusat Bandar Damansara dulu, sebelum aku meneruskan perjalanan ke USJ. Dan begitu juga ketika balik kerja aku terpaksa bergegas ke PBD dulu sebelum balik ke rumah. Keperitan kami bertambah dengan keadaan isteriku yang berbadan dua ketika itu. Alangkah pedihnya, namun kami reda dengan ujian daripada Yang Maha Esa.

Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tatkala isteriku sedang berpantang di kampung, kurang sebulan umur anakku, aku diterima masuk ke syarikat lain dengan tawaran gaji yang agak menyenangkan serta jarak yang agak dekat. Namun aku tidak mampu lagi menghantar isteri tersayang ke tempat kerja. Setiap hari aku hanya akan menghantarnya ke Stesen Komuter UKM supaya dia dapat menaiki tren ke KL Sentral. Dari situ, isteriku akan menaiki bas ke PBD. Dan sewaktu balik dari kerja, aku menunggu isteriku dengan sabar sebelum tren nya berlabuh di UKM kembali. Sekali lagi kami diuji kesabaran sebelum isteriku berjaya dipindahkan dari PBD ke Putrajaya.

Alhamdulillah, sepanjang kesusahan kami meneruskan hidup di KL ini, ALLAH telah mempermudahkan urusan kami.. Kami mendapat pengasuh untuk puteri yang sangat baik hati. Dia seolah mengerti kesusahan kami sekeluarga tanpa meminta bayaran tambahan. Apa taknya, anak kami akan dihantar seawal pagi dan diambil bila malam menjelang. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kerana layanannya terhadap Amanina seperti menjaga anaknya sendiri. Aku amat terharu kerana anakku sangat seronok berada dalam jagaannya dan sehingga kini dia masih berasa amat selesa.. Aku selalu ingat pepatah melayu "orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa".. Sekarang Amanina sudah mempunyai adik dan layanan terhadap mereka berdua masih lagi sama seperti biasa..

Menceritakan pengalaman pahit dan manisku tidak akan berhenti di sini sahaja. Setiap orang pasti mempunyai kisahnya tersendiri. Apa yang mampu aku buat ialah terus memperbaiki dan mengemaskini perjalanan hidup ini ke arah yang lebih baik dan sempurna. Aku bersyukur dengan apa yan aku nikmati sekarang dan mudah-mudahan akan sentiasa berada di bawah rahmat dan berkat dari NYA. Segala jasa baik dan perihatin orang yang menyayangi dan ingin melihat kami sentiasa bahagia, aku ucapkan berbanyak terima kasih dan hanya ALLAH yang mampu membalasnya. Sungguhpun begitu, jasa kalian tidak pernah ku lupa untuk selamanya..

Wassalam..

0

Perjalanan Hidup dan Karierku

Posted by kharfz on 2:02 PM in
Siapa sangka aku hampir menghampiri 5 tahun sepanjang perjalanan karier ku. Telah banyak pahit dan manis telah kutelan untuk sampai ke tahap ini. Memori yang telah terpahat selama masa membuatkan aku selalu terfikir dan terkesima dengan kehidupan aku sekarang. Adakah aku tidak mampu untuk mengecapi kenikmatan yang seperti aku idamkan?
Mengeluh terhadap masa silam mungkin bodoh pada pandangan orang lain, namun bagiku ia adalah satu tarbiah dan pembelajaran yang sangat berguna pada masa hadapan andai kata aku bijak untuk memanipulasikan pengalaman yang telah aku lepasi. Persoalannya, adakah aku begitu bijak untuk memanipulasinya? Akhirnya aku mengeluh juga buat ke sekian kali.

Kebelakangan, aku menjadi sedih dan rendah diri, lantaran nasibku tidak seperti apa yang kuimpikan. Aku tidak mampu tersenyum seperti kebanyakan yang lain selagi persoalan dan permasalahan yang menimpa diriku belum menemui penyelesaiannya. Adakah perlu untuk aku mendapatkan khidmat kaunseling? Mungkin, tapi bagiku kebahagiaan yang kukecapi bersama isteri dan anak-anak tersayang mampu menyingkirkan perasaan sedihku buat seketika..

Kuimpikan sebuah kehidupan sederhana dan bahagia. Tersuratnya aku seronok dengan karierku dan selesa dengan perjalanan hidupku. Tersiratnya aku perlukan jaminan kewangan yang stabil agar aku akan sentiasa dapat menceriakan keluarga dan orang tersayang. Kepuasan pasti akan jelas terpancar andaikata aku mampu untuk menggembirakan hati semua orang. Wajah-wajah ibu dan ayah, serta isteri dan anak-anak akan lebih ceria sekiranya lebih banyak masa dapat kuluangkan bersama mereka. Alangkah indahnya hidup ini disinari berkat dan rahmat dari Ilahi.

Adakah masih ada ruang untuk aku terus maju? Adakah aku harus beralih arah mencuba sesuatu yang baru? Adakah aku harus keluar ke kelompok yang baru lagi dan menghirup udara yang lain? Atau adakah aku harus menunggu dan mengharap keajaiban akan datang kepadaku? Mungkin sudah sampai masanya untuk aku memikirkan sesuatu yang baru dengan serius. Mungkin juga aku harus berfikir dan bertindak seperti dewasa lain yang sudah matang pemikirannya. Mungkin juga aku perlu melakukan penghijrahan.. namun kemungkinan itu bakal menentukan masa depan aku dan keluargaku kelak.

Membina soalan memang mudah, namun menjawab semua persoalan yang telah dilemparkan memang susah. Seperti menelan ubat yang pahit, atau menahan nafas di dalam air.. berapa lama harus aku bertahan dan bertahan?

Berikan aku ruang.. untuk berfikir dan bertindak sematang dan sebijaknya. Semoga ALLAH akan terus membimbingku ke jalan yang lurus, agar aku dapat memacu keluargaku ke arah yang sama kelak..

Sekian.

2

Teman Karib Nokia ku

Posted by kharfz on 12:54 AM in

Itulah teman baik untuk telefon Nokia aku. Sebelum ini tidak pernah aku terfikir untuk memilikinya.. Haha.. Siapa tahu, akhirnya aku memilikinya dengan harga USD18.00 melalui ebay.

Mungkin tidak secanggih yang lain, namun kepuasan jelas terasa. NOKIA 6500C kini bernafas lega. Sebelum ini aku hanya mampu menjawab panggilan secara loudspeaker sahaja sebab speakernya kedengaran sangat perlahan (rasa nak lempar je telefon masa tue).. Itu pun kadang-kadang loudspeaker tidak banyak membantu.. Ada satu masa aku hanya mengucapkan "hello" sahaja sebab aku tak dapat nak dengar suara pemanggil. Nak buat panggilan? Mmm. Baik tak payah kalau dah tahu hasilnya..

 Begitulah nasib aku sebelumnya tanpa headset ni. Sekarang, sambil merempit pun aku mampu melayan panggilan.. Haha.. Ada jugak aku terfikir nak bertukar telefon baru, tapi aku amat sayangkannya.. Nak jual pun tak ada saper nak beli. Aku rasa telefon jenis tue dah tak ada jual (new) kat Malaysia. Nak beli second hand, ada dengan harga RM180 je.. Pergh.. Memang perit sebab aku beli tahun 2007 harganya RM1300.00. Bayangkanlah betapa jauhnya beza..

Kenapa aku suka telefon NOKIA 6500C? 
Design dia memang simple, nipis dan ringan.. Yang penting bila terjatuh ke lantai atau atas jalan, dia tak mereng dan 'hang'.. Haha.. Itulah kelebihannya yang sangat best untukku.. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal telefon ini, layari la http://www.gsmarena.com/nokia_6500_classic-1997.php ni. Kalo tak silap aku, harganya dalam USD120.00 kot.. Haha.. Teringin nak beli ker? Kalo tahun 2007, mungkin aku cakap YES!!! Tapi sekarang baik korang beli je smartphone.. Lagi canggih dan tip-top.. Tak gitu?

Cuak jugak aku masa nak paired bluetooth dengan telefon aku. Maklumlah tak pernah pakai pun sebelum ni, cuma tengok orang lain sangkut kat telinga je.. Aku cuba follow instruction dalam user manual yang dia bagi.. pergh.. setengah jam baru dapat guna.. Telefon aku langsung habis separuh bateri.. Rupa-rupanya senang sahaja.. Untuk orang yang selalu pakai jangan gelak ye.. Ini panduan yang baru nak mencuba je..


Kat headset ni ada 3 butang leh tekan. Sebelah kiri butang 'on-off', kat atas butang untuk terima dan matikan panggilan, dan sebelah kanan untuk kawal suara. Ada 2 warna lampu yang akan berkelip, merah dan biru. Untuk mengaktifkan headset ni tekan je butang on-off, tapi untuk mengaktifkan bluetooth, butang atas dan sebelah kanan kena tekan serentak. Kena tunggu lama sket, kemudian lampu merah dan biru akan berkelip silih berganti. Bila dah paired bluetooth connection dengan telefon activated. Maka boleh la kita guna selama mana kita mahu.. Haha.. Memudahkan urusan, setkan auto connection kat telefon. Bila kita on je headset, automatik akan ada connection. Dah tak nak guna off la balik headset tue, sebab dia pun pakai bateri.. Bersyukur aku sebab charger dia sama ngan telefon aku. Kalau nak harapkan charger yang dia bagi, masakla sebab charger tue tak ikut spec kat malaysia.. Kena tambah duit lagi beli converter.. 

Sekian la dulu untuk kali ini.. aku pun sudah menikmatinya dengan selesa.. ALHAMDULILLAH..



0

Salam Maulidur Rasul

Posted by kharfz on 12:19 AM

Masya Allah..

Bulan Rabiul Awal tinggal beberapa hari je lagi sebelum bersambungnya bulan Rabiul Akhir.. Terlalu sedikit selawat yang meniti di bibir ku berbanding perihal lain yang kerap kuucapkan.. Sememangnya aktiviti seharianku telah membuatkan aku alpa terhadap kekasih Allah yang tercinta...

Telah dua kali khutbah Jumaat menceritakan keperibadian baginda.. Mengingatkan aku zaman sekolah dulu, selalu aku asyik berselawat dan bernasyid ke atas baginda.. Keperibadiannya yang sangat mulia mampu menitiskan air mataku ketika mendengar dan membaca kisah-kisah baginda...

Semoga keperibadian baginda akan menjadi contoh dan teladan buatku sepanjang zaman..


0

Design Engineer?

Posted by kharfz on 11:57 PM in
Design Engineer?



Soalan tue selalu bermain di kotak fikiran aku. Terkadang aku berfikir apakah tahap sebenar untuk jadi seorang designer yang berjaya. Bilakah sampai masanya nanti aku akan melepasi tahap seorang designer yang sebenar.

Apa yang aku terbayang sekarang, bukan mudah untuk menjadi designer yang hebat.. Namun aku pun tak rasa ia suatu yang mustahil. Bos aku pun pernah perkenalkan beberapa orang designer / specialist yang membuatkan aku terasa tabik dan kagum dengan mereka. Salah seorang daripada Korea. Memang hebat.. Tanya lah ape saja mesti leh jawab spontan sambil tersenyum.. Nak tanya ape? Formula? Stress and Strain analisis? Force? Haha.. kacang je beb.. Sampai ternganga mulut aku tak faham sambil menganggukkan kepala.. Memang hebat, tapi.. pengalaman dia dah mencecah 20 tahun.. Lama jugak.. Baru-baru ini bos aku ada menjemput seorang lagi designer daripada China. Dia orang jepun.. perwatakannya memang gila-gila.. cakap je gelak, gelak je cakap.. Tak dapat aku bayang kan dia boleh bercerita dengan selengkapnya proses nak buat valve (yang kilang aku tengah buat sekarang ni) daripada komponen utama sampai la yang kecik-kecik.. bukan setakat cakap je, kriteria-kriteria penting dan juga kod nama daripada institusi berwajib untuk piawaian kualiti produk. Memang tak puas borak, cuma masa je sangat singkat.. terima kasih Imaie.. kan ku ingat namamu itu..kerana sudi meluangkan masa..



Bercerita tentang kepakaran orang lain memang hebat.. Ye la, orang dah keluar dari tempurung merantau ke seluruh asia.. Aku? Masih lagi terperuk kat sini.. Memang impian aku menggunung tinggi.. Tak sabar aku untuk menunggu saat itu.. Harap2 nya jalan aku akan dipermudahkan.. amiin..





Copyright © 2009 .: Give Me a Space :. All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.