0

Minggu ke 5/52

Posted by kharfz on 9:26 PM in
Bismillah 

Hidupku di bulan Januari agak tak keruan. Denggi yang melanda cukup membuatkan hidup kami sekeluarga sedikit haru biru. Mungkin sudah ketentuan Ilahi dan kami sekeluarga pasrah dan redha.

Motivasi?
Bersyukur dengan pemberian nikmat daripada Nya membuatkan kami merasa lebih tenang. Pelbagai cabaran dan kesukaran datang silih berganti namun rahmat dan kasih sayang Nya tidak membiarkan kami menempuh seorang diri. Kami dihantar orang yang prihatin dan selalu ambil berat akan perihal kami. Alhamdulillah.

Motivasi sebetulnya ketika ini masih lemah tatkala badan kami masih belum cergas sepenuhnya. Aku terutama nya masih ramuan lain untuk memantapkan kembali motivasi ke tahap yang sepatutnya. Semoga ia akan terus meningkat cepat mengiringi masa.

Penghargaan dan terima kasih kepada semua yang membantu kami selama masa. Tanpa anda semua agak payah untuk aku menjadi seperti hari ini. Terima kasih.

Give Me a Space

0

2015 ... Dugaan Bermula Dengan Denggi

Posted by kharfz on 6:53 AM
Bismillah...

Tiada apa yang mencemaskan melainkan mendengar perkataan Denggi. Kali ini wife tersayang pulak disahkan dijangkiti Denggi. Tambahan pula hampir satu rumah sekarang mengalami demam panas termasuk baby.

Sekarang Sudan memasuki hari ke lima, semoga kami semua mampu bertahan. Semoga juga akan ada hikmah disebalik peristiwa ini.

0

Tok Guru Ku Sayang

Posted by kharfz on 6:57 AM

Apa yang ada jarang disyukuri,
Apa yang tiada sering dirisaukan,
Apa yang diburu tinggal rasa jemu bila sudah di dalam genggaman...

Sesungguhnya DBS TGNA akan sentiasa berada dalam memori zaman berzaman..

Watch "Tok Guru Ku Sayang" on YouTube


0

2013.. Aku kembali aktif..

Posted by kharfz on 9:35 AM in
2012 telah melabuhkan tirai..

Terlalu banyak memori suka duka dan pahit manis yang ingin aku nukilkan namun kesempatan masa terlalu terhad dalam jadual seharianku.. Aku berlari, melompat, terjun ke lembah, merangkak, murung, bersedih, gila, dan berhibernasi adalah segala perbuatan, fikiran dan komunikasi yang telah terjadi pada tahun 2012. Ku mohon maaf andai terbias negatifnya kepada siapa jua yang merasainya..

2013 mula bermain di pentas..

Kegilaan 2012 mungkin berulang lagi, namun perbezaan pasti ketara.. bila, kenapa dan bagaimana ayuh kita peraga dan tonton bersama.. yang pastinya, aku ingin menjadi pengubah sejarah baru untuk manfaat bersama..

sekian dulu..

give me a space.. hanya yang terbaik akan aku persembahkan..

0

Bicara dalam diam..

Posted by kharfz on 11:43 PM in
Hati ini terus memberontak.. Lantaran terlalu banyak persoalan dan tekanan menyerap dalam diri. Adakah aku orang yang harus menerima semua ini?

Kenapa harus mengarah sedang telah lama ku utarakan untuk tidak menerimanya? Untuk melakukan sesuatu yang sememangnya aku tidak suka, adalah sangat sukar buatku. Hati ini akan sentiasa memberontak setiap hari dan setiap masa. Aku tahu, aku tidak mempunyai suara yang boleh mengubah keputusan, namun aku juga punyai prinsip yang harus dihormati bersama.

PRINSIP? Aku tidak lupa, setiap orang punyai prinsip masing-masing dan ingin mempertahankan prinsip tersebut. Tetapi AWAS, prinsipku bukan kerana ego atau maruah tetapi aku punyai alasan kenapa aku berprinsip begitu. Aku menghormati setiap keputusanmu, namun kamu juga mesti lah menghormati pendirianku.

Ingin bertapak lebih lama membuatkan aku terfikir perjalanan hidupku. Masa depanku adalah apa yang aku rancangkan. Bukan apa yang dirancang untuk ku. Maaf andai kenyataan ini akan menyinggung mana-mana pihak, namun aku akan tetap aku. Seorang insan biasa yang akan terus melangkah untuk terus maju ke hadapan.

Aku akan menurut perintah, namun berapa lama aku akan terus bertahan akan menjadi terus persoalan...

0

Selamat Tinggal 2011, Selamat Datang 2012

Posted by kharfz on 2:03 AM in
Berikan aku ruang..

2011.. Kenangan yang cukup indah, terselit 1001 kisah masam manis lantas menyerlahkan memberikan impak dan memori yang cukup melekat di jiwa dan minda. Bermula dari bulan Januari aku mula memikirkan masa untuk mengejar cita-cita dan impianku. Melihat keadaan diri sendiri, suasana tempat bekerja, prospek kerjayaku membuatkan aku sedikit tersentak untuk meneruskan hidup yang hampir memutuskan sebarang niatku untuk berubah. Disebabkan aku yang terlalu setia untuk berkhidmat di organisasi itu, aku melupakan niatku untuk beralih arah ke tempat yang baru.

Aku tidak pasti, tidak tahu dan berharap sesuatu akan berubah.. berubah untuk menjadi lebih baik dan bagus.. aku masih lagi setia untuk melihat sesuatu yang sememangnya menjadi impian aku untuk terus kekal berada di situ. Satu matlamat untuk melihat suasana tempat aku bekerja akan menjadi sangat ceria dengan kelibat kengkawan dan kerja yang menyeronokkan. Namun, impian hanyalah sebuah angan-angan. Menunggu dan terus menunggu sehingga lah masa pun semakin berlalu.

Tidak semua kenangan itu masam, aku juga berpeluang melawat negara jiran demi melaksanakan tugas yang diberikan. Kesempatan itu membuatkan aku sedikit teruja untuk terus kekal berkhidmat.

2011 hampir berlalu.. October, itu lah kali terakhir aku ke bumi china. Seperti membayangkan bahawa aku akan melangkah keluar dari organisasi itu, setiap aksi dan perbuatanku seolah memberi gambaran itulah kali terakhir aku ke sana. Pengalaman selama sebulan di sana membuatkan aku begitu teruja dengan kerjayaku dan ingin melebarkan sayap ke tempat lain. Sekembalinya aku ke tanah air, Allah memberikan keizinan untukku beralih arah.

Alhamdulillah.. Berkat doaku dan doa orang sekeliling yang ingin melihat aku untuk terus berjaya, aku ditawarkan ke tempat dan organisasi baru. Meskipun persekitaran tempat kerjaku sudah mula berubah, namun aku harus membuat pilihan yang sangat tepat. Dengan kehadiran kawan-kawan baru, hati mula merasa sedih dan sayu untuk meninggalkan mereka. Secara tepatnya, kami hanya mengenali antara satu sama lain hanya untuk dua bulan..

Disember.. Kerjayaku bermula di tempat baru. Segala memori indah dan pahit akan aku bawa bersama selamanya.. Selamt tinggal kawan-kawan HAWKS, semoga anda akan terus maju jaya.

2011 mula melabuhkan tirainya...

.....

2012.. Aku mengharapkan sesuatu yang hebat.. Bertemu rakan seperjuangan yang hebat, persekitaran yang hebat lagi mencabar.. serta membawa azam yang luarbiasa untuk aku gapai. Sekarang, mindaku jelas, impianku jelas, langkahku juga semakin pantas. Aku sudah bersedia untuk menghadapi segalanya..

SELAMAT DATANG 2012 .. Selangkah aku akan terus maju ke hadapan

0

Suka dan duka

Posted by kharfz on 10:29 PM in
Salam hari jumaat..

Alhamdulillah, meniti perjalanan hidupku hingga ke hari ini, terlalu banyak suka dan duka telah kualami.. Bermula zaman kecikku, zaman persekolahan, zaman alam kampus, alam pekerjaan dan alam rumah-tangga memberi lebih dari kesempurnaan dalam hidupku... Segala memori suka atau benci tetap akan datang silih berganti memenuhi ruang minda ku.. Adakala aku rasa sangat bersyukur kerana berpeluang merasai nikmatnya, tak kurang juga aku terpaksa menelan kepahitan pengalaman melalui saat-saat yang menyedihkan... Tiada yang lebih memahami melainkan diriku sendiri.. Jatuh dan bangunku adalah perkara yang sangat tidak dapat dielakkan... Namun, apa yang layak aku lontarkan.. terima kasih kepada semua yang menghargai kemunculan aku pada pandangan mata mu..

Imej kendiri.. Itulah mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang diajar oleh cikgu baharuddin semasa aku di tingkatan dua dulu.. "Mengenali persepsi diri sendiri dan orang lain terhadap diriku.." mungkin bagi sesetengah orang, itu hanya lah silibus untuk menghabiskan masa PJK sewaktu hujan.. Namun aku punyai tanggapanku sendiri.. dan.. tanggapan itulah yang membawa diriku sehingga hari ini.. 





Menapakkan kakiku selepas tamatnya zaman gemilang di kampus universiti adalah sangat memeritkan.. Berbekalkan segulung ijazah, aku mencari pekerjaan yang halal dan sesuai denganku.. keluar dari zaman yang indah ku masuk ke zaman yang penuh mencabar.. aku terpaksa berdiri di atas kaki ku sendiri untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan.. Alhamdulillah.. Berkat usaha ku, serta diiringi oleh doa orang yang ingin melihatku berjaya, aku akhirnya mendapat jawatan di sebuah syarikat swasta.. Maka bermula la episod ku sebagai orang dewasa.. Mula bekerja keras untuk mencari sesuap nasi dan mengagihkan sedikit kepada orang tua tersayang.. 



Hari semakin berlalu.. dan aku mula membayangkan untuk merasai nikmat berumah tangga.. Kuingin melihat hilai tawa isteri dan anak-anak tersayang di depan mataku.. Ku ingin merasai perasaan bagaimana bahagia nya hidupku di saat itu.. Tetapi pengalaman pahit aku bercinta di alam kampus dulu membuatkan aku sedikit takut untuk meneruskan niatku itu.. Lalu, kupanjatkan aduanku kepada Yang Maha Esa agar diberikan aku seorang isteri yang solehah dan sangat menyayangi diriku.. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Berkat sepakat lapan mata bermuafakat, akhirnya aku dapat juga mengakhiri zaman bujangku.. Alhamdulillah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang sudi datang memeriahkan suasana majlis perkahwinanku.. Semoga ALLAH akan terus memberikan nikmat yang banyak kepada anda semua..

Perjalanan ku tidak hanya berhenti di situ.. Masih banyak yang perlu aku belajar dan lalui bersama isteriku tersayang.. Segala onak dan duri serta kemelesetan ekonomi telah membantutkan perjalanan hidupku yag agak lancar sebelumnya..Jika dulu syarikatku membekalkan elaun perjalanan dan minyak petrol, kini ia sudah tiada lagi. Dengan harga pasaran mencecah RM2.60 seliter, aku terpaksa menghabiskan RM1300 sebulan termasuk kos untuk melalui tol.. Tidak mahu kubayangkan lagi kerana aku dan isteriku terpaksa bersusah payah berkongsi kereta untuk ke tempat kerja. Dari kajang kami akan ke Pusat Bandar Damansara dulu, sebelum aku meneruskan perjalanan ke USJ. Dan begitu juga ketika balik kerja aku terpaksa bergegas ke PBD dulu sebelum balik ke rumah. Keperitan kami bertambah dengan keadaan isteriku yang berbadan dua ketika itu. Alangkah pedihnya, namun kami reda dengan ujian daripada Yang Maha Esa.

Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tatkala isteriku sedang berpantang di kampung, kurang sebulan umur anakku, aku diterima masuk ke syarikat lain dengan tawaran gaji yang agak menyenangkan serta jarak yang agak dekat. Namun aku tidak mampu lagi menghantar isteri tersayang ke tempat kerja. Setiap hari aku hanya akan menghantarnya ke Stesen Komuter UKM supaya dia dapat menaiki tren ke KL Sentral. Dari situ, isteriku akan menaiki bas ke PBD. Dan sewaktu balik dari kerja, aku menunggu isteriku dengan sabar sebelum tren nya berlabuh di UKM kembali. Sekali lagi kami diuji kesabaran sebelum isteriku berjaya dipindahkan dari PBD ke Putrajaya.

Alhamdulillah, sepanjang kesusahan kami meneruskan hidup di KL ini, ALLAH telah mempermudahkan urusan kami.. Kami mendapat pengasuh untuk puteri yang sangat baik hati. Dia seolah mengerti kesusahan kami sekeluarga tanpa meminta bayaran tambahan. Apa taknya, anak kami akan dihantar seawal pagi dan diambil bila malam menjelang. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kerana layanannya terhadap Amanina seperti menjaga anaknya sendiri. Aku amat terharu kerana anakku sangat seronok berada dalam jagaannya dan sehingga kini dia masih berasa amat selesa.. Aku selalu ingat pepatah melayu "orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa".. Sekarang Amanina sudah mempunyai adik dan layanan terhadap mereka berdua masih lagi sama seperti biasa..

Menceritakan pengalaman pahit dan manisku tidak akan berhenti di sini sahaja. Setiap orang pasti mempunyai kisahnya tersendiri. Apa yang mampu aku buat ialah terus memperbaiki dan mengemaskini perjalanan hidup ini ke arah yang lebih baik dan sempurna. Aku bersyukur dengan apa yan aku nikmati sekarang dan mudah-mudahan akan sentiasa berada di bawah rahmat dan berkat dari NYA. Segala jasa baik dan perihatin orang yang menyayangi dan ingin melihat kami sentiasa bahagia, aku ucapkan berbanyak terima kasih dan hanya ALLAH yang mampu membalasnya. Sungguhpun begitu, jasa kalian tidak pernah ku lupa untuk selamanya..

Wassalam..

Copyright © 2009 .: Give Me a Space :. All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.