0

Suka dan duka

Posted by kharfz on 10:29 PM in
Salam hari jumaat..

Alhamdulillah, meniti perjalanan hidupku hingga ke hari ini, terlalu banyak suka dan duka telah kualami.. Bermula zaman kecikku, zaman persekolahan, zaman alam kampus, alam pekerjaan dan alam rumah-tangga memberi lebih dari kesempurnaan dalam hidupku... Segala memori suka atau benci tetap akan datang silih berganti memenuhi ruang minda ku.. Adakala aku rasa sangat bersyukur kerana berpeluang merasai nikmatnya, tak kurang juga aku terpaksa menelan kepahitan pengalaman melalui saat-saat yang menyedihkan... Tiada yang lebih memahami melainkan diriku sendiri.. Jatuh dan bangunku adalah perkara yang sangat tidak dapat dielakkan... Namun, apa yang layak aku lontarkan.. terima kasih kepada semua yang menghargai kemunculan aku pada pandangan mata mu..

Imej kendiri.. Itulah mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang diajar oleh cikgu baharuddin semasa aku di tingkatan dua dulu.. "Mengenali persepsi diri sendiri dan orang lain terhadap diriku.." mungkin bagi sesetengah orang, itu hanya lah silibus untuk menghabiskan masa PJK sewaktu hujan.. Namun aku punyai tanggapanku sendiri.. dan.. tanggapan itulah yang membawa diriku sehingga hari ini.. 





Menapakkan kakiku selepas tamatnya zaman gemilang di kampus universiti adalah sangat memeritkan.. Berbekalkan segulung ijazah, aku mencari pekerjaan yang halal dan sesuai denganku.. keluar dari zaman yang indah ku masuk ke zaman yang penuh mencabar.. aku terpaksa berdiri di atas kaki ku sendiri untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan.. Alhamdulillah.. Berkat usaha ku, serta diiringi oleh doa orang yang ingin melihatku berjaya, aku akhirnya mendapat jawatan di sebuah syarikat swasta.. Maka bermula la episod ku sebagai orang dewasa.. Mula bekerja keras untuk mencari sesuap nasi dan mengagihkan sedikit kepada orang tua tersayang.. 



Hari semakin berlalu.. dan aku mula membayangkan untuk merasai nikmat berumah tangga.. Kuingin melihat hilai tawa isteri dan anak-anak tersayang di depan mataku.. Ku ingin merasai perasaan bagaimana bahagia nya hidupku di saat itu.. Tetapi pengalaman pahit aku bercinta di alam kampus dulu membuatkan aku sedikit takut untuk meneruskan niatku itu.. Lalu, kupanjatkan aduanku kepada Yang Maha Esa agar diberikan aku seorang isteri yang solehah dan sangat menyayangi diriku.. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Berkat sepakat lapan mata bermuafakat, akhirnya aku dapat juga mengakhiri zaman bujangku.. Alhamdulillah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang sudi datang memeriahkan suasana majlis perkahwinanku.. Semoga ALLAH akan terus memberikan nikmat yang banyak kepada anda semua..

Perjalanan ku tidak hanya berhenti di situ.. Masih banyak yang perlu aku belajar dan lalui bersama isteriku tersayang.. Segala onak dan duri serta kemelesetan ekonomi telah membantutkan perjalanan hidupku yag agak lancar sebelumnya..Jika dulu syarikatku membekalkan elaun perjalanan dan minyak petrol, kini ia sudah tiada lagi. Dengan harga pasaran mencecah RM2.60 seliter, aku terpaksa menghabiskan RM1300 sebulan termasuk kos untuk melalui tol.. Tidak mahu kubayangkan lagi kerana aku dan isteriku terpaksa bersusah payah berkongsi kereta untuk ke tempat kerja. Dari kajang kami akan ke Pusat Bandar Damansara dulu, sebelum aku meneruskan perjalanan ke USJ. Dan begitu juga ketika balik kerja aku terpaksa bergegas ke PBD dulu sebelum balik ke rumah. Keperitan kami bertambah dengan keadaan isteriku yang berbadan dua ketika itu. Alangkah pedihnya, namun kami reda dengan ujian daripada Yang Maha Esa.

Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tatkala isteriku sedang berpantang di kampung, kurang sebulan umur anakku, aku diterima masuk ke syarikat lain dengan tawaran gaji yang agak menyenangkan serta jarak yang agak dekat. Namun aku tidak mampu lagi menghantar isteri tersayang ke tempat kerja. Setiap hari aku hanya akan menghantarnya ke Stesen Komuter UKM supaya dia dapat menaiki tren ke KL Sentral. Dari situ, isteriku akan menaiki bas ke PBD. Dan sewaktu balik dari kerja, aku menunggu isteriku dengan sabar sebelum tren nya berlabuh di UKM kembali. Sekali lagi kami diuji kesabaran sebelum isteriku berjaya dipindahkan dari PBD ke Putrajaya.

Alhamdulillah, sepanjang kesusahan kami meneruskan hidup di KL ini, ALLAH telah mempermudahkan urusan kami.. Kami mendapat pengasuh untuk puteri yang sangat baik hati. Dia seolah mengerti kesusahan kami sekeluarga tanpa meminta bayaran tambahan. Apa taknya, anak kami akan dihantar seawal pagi dan diambil bila malam menjelang. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kerana layanannya terhadap Amanina seperti menjaga anaknya sendiri. Aku amat terharu kerana anakku sangat seronok berada dalam jagaannya dan sehingga kini dia masih berasa amat selesa.. Aku selalu ingat pepatah melayu "orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa".. Sekarang Amanina sudah mempunyai adik dan layanan terhadap mereka berdua masih lagi sama seperti biasa..

Menceritakan pengalaman pahit dan manisku tidak akan berhenti di sini sahaja. Setiap orang pasti mempunyai kisahnya tersendiri. Apa yang mampu aku buat ialah terus memperbaiki dan mengemaskini perjalanan hidup ini ke arah yang lebih baik dan sempurna. Aku bersyukur dengan apa yan aku nikmati sekarang dan mudah-mudahan akan sentiasa berada di bawah rahmat dan berkat dari NYA. Segala jasa baik dan perihatin orang yang menyayangi dan ingin melihat kami sentiasa bahagia, aku ucapkan berbanyak terima kasih dan hanya ALLAH yang mampu membalasnya. Sungguhpun begitu, jasa kalian tidak pernah ku lupa untuk selamanya..

Wassalam..

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 .: Give Me a Space :. All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.