0

Mercun oh Mercun..

Posted by kharfz on 11:35 PM
Bila sebut pasal mercun ni, teringat aku zaman budak-budak dulu.. Memang xtahu apa-apa. Yang tahu nak main dan berseronok setiap masa. Mercun memang buat kami jadi sangat ceria. Siapa tak suka dengar letupan, pastu keluar bunga api yang sangat cantik. Ada yang mampu terbang, kemudian meletup dan bercahaya di ruang langit. Memang indah terutama suasana malam.

Tapi, bila aku fikirkan kembali. Mercun memang banyak memberi keburukan daripada kebaikan. Kerajaan bertindak bijak dengan mengharamkan semua jenis mercun terutama ketika musim perayaan demi menjaga kebaikan kita bersama. Dengan ini nasib anak-anak kita untuk terus sihat membesar sepatutnya lebih terbela. Mereka yang tahap pemikiran jauh lebih rendah daripada kita orang dewasa perlu sentiasa diawasi supaya semua orang akan sentiasa ceria lebih-lebih lagi menjelangnya raya.

Aku sedih.. Sedih bila mendengar nasib yang menimpa kanak-kanak hanya dek mercun. Keseronokan yang diakhiri malapetaka yang amat dahsyat. Sedih bila aku melihat tangan kecilnya yang comel telah menjadi kudung, matanya yang nakal telahpun menjadi buta, raut wajahnya yang sentiasa senyum dan ceria telahpun bertukar menjadi sedih dan tidak bermaya. Lebih menghayat hatiku bila ada nyawa yang melayang hanya kerana mercun. Tidak dapat aku bayangkan, sesedihnya hatiku tidak dapat menandingi betapa pilu dan lukanya hati dan perasaan seorang ibu dan ayah untuk terus melihat keadaan anaknya. Terpaksa membesar seperti orang cacat walhal dilahirkan sempurna. Bagaimana anak-anak ini akan meneruskan hidup mereka?

Kini kita mencari siapa yang harus dipersalahkan? Kerajaan yang tidak mampu untuk membendung gejala penyeludupan mercun masuk? atau Penyeludup-penyeludup mercun yang cuba mencari untung besar? atau Peniaga-peniaga yang giat mempromosi pelbagai jenis mercun untuk tatapan anak-anak? atau Ibubapa yang membelikan mercun untuk anak-anak bermain? Mencari salah siapa bagi aku bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Kita sepatutnya bersama-sama membendung gejala ini. Sekiranya ingin bermain bunga api, maka kita seharusnya berada di sisi anak-anak sebagai pemerhati. Alihkan pemerhatian mereka supaya menyukai permainan yang lebih selamat. Tragedi ini boleh dielakkan sekiranya setiap orang memainkan peranan. Janganlah kita menjadi pendorong ke arahnya. Tentu kita tidak ingin melihat orang yang kita sayang merana hidupnya.. dan aku juga begitu..


0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 .: Give Me a Space :. All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.