Berikan aku ruang..
2011.. Kenangan yang cukup indah, terselit 1001 kisah masam manis lantas menyerlahkan memberikan impak dan memori yang cukup melekat di jiwa dan minda. Bermula dari bulan Januari aku mula memikirkan masa untuk mengejar cita-cita dan impianku. Melihat keadaan diri sendiri, suasana tempat bekerja, prospek kerjayaku membuatkan aku sedikit tersentak untuk meneruskan hidup yang hampir memutuskan sebarang niatku untuk berubah. Disebabkan aku yang terlalu setia untuk berkhidmat di organisasi itu, aku melupakan niatku untuk beralih arah ke tempat yang baru.
Aku tidak pasti, tidak tahu dan berharap sesuatu akan berubah.. berubah untuk menjadi lebih baik dan bagus.. aku masih lagi setia untuk melihat sesuatu yang sememangnya menjadi impian aku untuk terus kekal berada di situ. Satu matlamat untuk melihat suasana tempat aku bekerja akan menjadi sangat ceria dengan kelibat kengkawan dan kerja yang menyeronokkan. Namun, impian hanyalah sebuah angan-angan. Menunggu dan terus menunggu sehingga lah masa pun semakin berlalu.
Tidak semua kenangan itu masam, aku juga berpeluang melawat negara jiran demi melaksanakan tugas yang diberikan. Kesempatan itu membuatkan aku sedikit teruja untuk terus kekal berkhidmat.
2011 hampir berlalu.. October, itu lah kali terakhir aku ke bumi china. Seperti membayangkan bahawa aku akan melangkah keluar dari organisasi itu, setiap aksi dan perbuatanku seolah memberi gambaran itulah kali terakhir aku ke sana. Pengalaman selama sebulan di sana membuatkan aku begitu teruja dengan kerjayaku dan ingin melebarkan sayap ke tempat lain. Sekembalinya aku ke tanah air, Allah memberikan keizinan untukku beralih arah.
Alhamdulillah.. Berkat doaku dan doa orang sekeliling yang ingin melihat aku untuk terus berjaya, aku ditawarkan ke tempat dan organisasi baru. Meskipun persekitaran tempat kerjaku sudah mula berubah, namun aku harus membuat pilihan yang sangat tepat. Dengan kehadiran kawan-kawan baru, hati mula merasa sedih dan sayu untuk meninggalkan mereka. Secara tepatnya, kami hanya mengenali antara satu sama lain hanya untuk dua bulan..
Disember.. Kerjayaku bermula di tempat baru. Segala memori indah dan pahit akan aku bawa bersama selamanya.. Selamt tinggal kawan-kawan HAWKS, semoga anda akan terus maju jaya.
2011 mula melabuhkan tirainya...
.....
2012.. Aku mengharapkan sesuatu yang hebat.. Bertemu rakan seperjuangan yang hebat, persekitaran yang hebat lagi mencabar.. serta membawa azam yang luarbiasa untuk aku gapai. Sekarang, mindaku jelas, impianku jelas, langkahku juga semakin pantas. Aku sudah bersedia untuk menghadapi segalanya..
SELAMAT DATANG 2012 .. Selangkah aku akan terus maju ke hadapan